Th3 C0d3 merupakan pertandingan programming anjuran FTMK UTeM . Ini merupakan kali ketiga saya join pertandingan ini.Dan setiap kali pertandingan ini dijalankan , saya memasuki dengan nama kumpulan “noobies” yang bermaksud orang baru dan terdiri dari Nik dan juga Amir.
Pada tahun 2007 – team noobies berjaya merangkul tempat ketiga keseluruhan dan memenangi kategori terbaik diploma
Pada tahun 2008 – sekali lagi team noobies merangkul tempat ketiga keseluruhan dan memenangi kategori terbaik diploma.
dan pada tahun ini .. kami kekurangan satu ahli iaitu Amir kerana tidak menyambung pelajaran di UTeM demi mengejar cita – citanya untuk bekerja maka ahli kami diganti oleh Pali (muka iras – iras farid kamil ). Dan keputusannya kami memenangi tempat pertama semasa saringan tahun 2 (saringan dijalankan kerana terlalu ramai kumpulan ) dan akhirnya pada pertandingan tersebut kami mendapat tempat kedua keseluruhan dan menggondol kategori terbaik tahun 2.
Dari segi soalan yang berjaya kami jawab , team noobies hanya berjaya menjawab satu soalan pada tahun 2007 dan juga 2008 tetapi pada tahun ini kami berjaya menjawab 5 soalan .
Semasa pertandingan , saya mengulangi kesilapan semasa di ACM regional iaitu emosi yang sangat panik pada jam pertama (terlalu excited maybe) namun setelah berjaya memahami kehendak soalan ( lebih kurang 3 ketika itu ) saya kembali yakin dan mengatur strategi .
Strategi yang kami gunakan adalah menjadikan nik sebagai coder dan pali menolong nik (ala – ala pair programming) dan saya ditugaskan untuk memahami kehendak soalan dan menuliskan algo untuk menyelesaikan masalah tersebut dan mengurangkan penggunaan masa untuk memberi pemahaman kepada Nik untuk menulis coding.
Seperti biasa , membuat bising ketika pertandingan dijalankan sangat seronok .. disamping merendahkan morale kumpulan lain .. kami berasa sangat ENJOY (ini yang penting) .. Tiada jajan dan tiada minuman coke (tidak seperti pertandingan php programming yang dijalankan di inkubator anjuran K-Ekonomi / AIST tahun lepas) .. tekak saya sangat kering .. (err .. x tau nk cakap apa dah ) ..
Terima kasih kepada committee Th3 C0de 2009 yang sudi mengurangkan kepayahan soalan dan menjadi lenient dalam menerima jawapan kami . Terima kasih saya ucapkan pada ahli jawatankuasa th3 c0d3 yang sudi menjayakan program ini . Penat lelah anda sangat – sangat kami hargai .
p/s : Mr Spuuh .. saya menang lagi .. bila nak balik malaysia ? kalau En Sanusi x sudi nak terima saya untuk psm .. saya nk carik encik .. 🙂
p/s : Mr Spuuh == En Sazalinsyah .. suami kepada guru programming saya yang pertama iaitu Pn Mashanum ..
Entri – entri lepas :
Th3 C0de 2007 – http://www.hassanbakar.com/2007/08/12/my-first-exp-in-programming-competition-utem-the-code-2007/
Th3 Code 2008 – http://www.hassanbakar.com/2008/08/03/th3-c0d3-2008/
Congrats..
bertuah ko dik dapat masuk th3 cOde sebanyak 3 kali..
i jeles okkkkkk!!
akk masuk sekali je..
n sekali tu pun dah memberikan kenangan yang paling terindah..hehehhe 😀
.-= Munirah Abd´s last blog ..Happy!!! =-.
gempak la weh!