Kesetiaan Seorang Wanita

Standard

Message: : Tinta Buat Bakal Suami & Kesetiaan
Seorg
Wanita

Sumbangan sahlon pada Khamis, 08 Disember
2005 @
10:57:36 wrt wbt. Entah angin apa yang membuai
hari ini, membuatkanku begitu berani untuk
mencoretkan sesuatu untuk mencoretkan sesuatu
untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. saya
sebenarnya tidak pernah berniat untuk
memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah
lagi
meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan
buatmu
sebelum tiba masanya.

Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu
yang saya jaga rapi selama ini semata-mata
buatmu.
Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan saya
tersedar dari lenaku yang panjang. saya telah
dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah
dan
mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya
untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab
ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga
dan
mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil
alih
tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah
wujud dalam diriku sejak dulu lagi.

Sepanjang umurku ini. saya menutup pintu hatiku
daripada mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu
membelakangimu. saya menghalang diriku dari
mengenali mana-mana lelaki kerana saya tidak
mahu
mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi
memahami mereka. Kerana itulah saya sedaya
kudrat
yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan
bukan
mahramku. saya lebih bersifat perumahan kerana
rumah itu tempat yang terbaik buat seorang
perempuan. saya sering sahaja berasa tidak
selamat
diperhatikan lelaki. Bukanlah saya menyangka
buruk
terhadap mereka, tetapi lebih baik saya
berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan
ku
buat expressionles face dan cool. Akan ku
palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik
merenungku ataupun cuba menegurku. saya
seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada
ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aeisyah lah.A
Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang
dan
dipandang. saya tidak ingin dipandang cantik oleh
lelaki. Biarlah saya hanya cantik di matamu. Apa
guna saya menjadi idaman ramai lelaki sedangkan
saya hanya boleh menjadi milikmu seorang. saya
tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan
saya merasa terhina diperlakukan sebegitu
seolah-olah saya ini barang yang boleh dimiliki
sesuka hati.

Saya juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan
seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu
mengharapkan sesuatu yang tidak dapat
kuberikan.
Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak
andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada
manusia selama hidup di muka bumi? Kalau saya
tidak ingin kau memandang perempuan lain. saya
dululah yang perlu menundukkan pandanganku.
saya
harus memperbaiki kelemahan dan menghias
peribadiku kerana itulah yang dituntutAllah. Kalau
saya inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku.
saya juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang
baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan, sebagai remaja saya memiliki
perasaan untuk menyayangi dan disayangi.
Namun,
setiap kali perasaan itu datang, setiap kali
itulah saya mengingatkan diriku bahawa saya perlu
menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata
untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki
yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati
dan
perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi
lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat
kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-
bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah
apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu
berkenalan denganku. saya secara keras menolak,
berbagai dalil ku dikemukakan, tetapi dia tidak
mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di
situ. Dia sentiasa menghubungi dan
menggangguku.
saya berasa amat tidak tenteram, seolah-olah
seluruh hidupku yang ceria selama ini telah
dirampas dariku.

Saya tertanya-tanya adakah saya berada ditebing
kebinasaan. saya beristighfar memohon
keampunan-Nya. saya juga berdoa agar dia
melindungi diriku daripada sebarang kejahatan.
Kehadirannya membuatkan saya banyak
memikirkanmu.
Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana
sahaja saya berada, akal sedarku membuat
perhitungan denganmu. Ku tahu lelaki yang
melamarku itu bukan dirimu. Malah saya yakin
pada
gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan
lelaki itu bukan kau.

Saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam
memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk
memilih berlian sedangkan saya hanya sebutir
pasir
yang wujud di mana-mana. Tetapi saya juga punyai
keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang
bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku
kearah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf
A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk
membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku
yang
tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan
rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali
pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan
tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan
yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan
perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak
mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan
kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara.
saya takut perlakuanmu itu akan memberi impak
yang
tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang
diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. saya
akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi
tiang
seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan saya
amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang
ditakdirkan meniup semangat juangmu,
menghulurkan
tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau
tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan
kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah
dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah
impianku.

Saya pasti berendam airmata darah andainya
engkau
menyerahkan seluruh cintanu padaku. Bukan itu
yang
saya impikan. Cukuplah kau mencintai Allah
dengan
sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah
kau
akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi
dari cinta insane biasa. Moga cinta itu juga yang
akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia.
Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan
ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta
untuk
kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau
lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu.
saya
tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu.
Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah
sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.