Semoga roh Aunty Dah , Helmi dan 4 orang yang lain dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang yang beriman .. Amin ..
The STAR
Six die when car slams into lorry
KUANTAN: Six people in a car, including two children, were burnt to death after the vehicle crashed into the back of a lorry laden with scrap rubber and caught fire at Km194.1 of the East Coast Expressway near Gambang here.
Pahang Traffic Officer Deputy Supt Nor Azmi Isa told Bernama two of the victims were identified as car driver Mohd Zamak Shaari Mohd Zin and Zulkarnain Mohd Zin.
He said police were still trying to identify the other victims of the tragedy, which occurred at 2.45pm when the car was heading for Kuala Lumpur.
“The lorry was apparently moving very slowly due to the heavy load when the accident happened. .
“The car was pinned under the lorry due to the impact which sparked a fire. The victims could not get out to safety,” said DSP Nor Azmi.
A State Fire and Rescue Department spokesman said firemen took 50 minutes to put out the flame.
“We deployed two engines from Kuantan and Maran with 12 personnel,” he added.
Steven Yaw, 28, who witnessed the incident, said: “I panicked after seeing smoke and hearing an explosion. The car was in flames shortly after that.
“I dare not get too close to help the victims,” he said.
Utusan Malaysia
6 rentung nahas ngeri
Oleh Aizawati Ahmad
KUANTAN 27 Mei – Enam termasuk dua kanak-kanak rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh sebuah lori di Kilometer 194.1 Lebuhraya Pantai Timur, berhampiran Hentian Rehat Gambang, di sini hari ini.
Sewaktu kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, keenam-enam mangsa, dipercayai dari satu keluarga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta terbabit, Mohd. Zamak Shaari Mohd. Zain, 25, dan penumpang kereta, Zulkarnain Mohd. Zain manakala identiti empat lagi mangsa belum dikenal pasti.
Pegawai Turus Trafik Negeri, Deputi Supritendan Nor Azmi Isa berkata, kemalangan dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu kereta mengawal kenderaannya.
“Pemandu kereta itu melanggar bahagian belakang sebuah lori yang membawa muatan getah sekerap,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, rempuhan tersebut menyebabkan kereta itu terperosok ke bawah lori sebelum terbakar, menyebabkan mangsa yang berada di dalamnya gagal menyelamatkan diri.
“Hasil siasatan awal, kita mendapati pemandu lori tersebut dikatakan memandu kenderaannya terlalu perlahan sehingga menyebabkan pemandu kereta itu gagal mengelak lalu merempuh belakang lori berkenaan,” katanya.
Mayat kesemua mangsa katanya, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk dibedah siasat.
Nor Azmi berkata, pemandu lori tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di HTAA.
Sementara itu, jurucakap pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri yang ditemui di tempat kejadian memberitahu, pihaknya mengambil masa 50 minit untuk memadam kebakaran.
Katanya, sebanyak dua jentera Bomba dari Kuantan dan Maran dengan 12 anggota bergegas ke tempat kejadian.
Berita Harian
Pegawai Turus Trafik Negeri, Deputi Superintendan Norazmi Isa, berkata usaha mengeluarkan semua mangsa dilakukan lebih lima jam dan mangsa terakhir iaitu Zulkarnain dikeluarkan pada jam 7.10 malam.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 petang, apabila kereta dinaiki sekeluarga itu dalam perjalanan dari sini ke Kuala Lumpur merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan getah sekerap.
“Rempuhan itu menyebabkan kereta terbabit terperosok ke bawah lori sebelum terbakar menyebabkan mangsa yang berada di dalamnya tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya di sini, semalam.
Norazmi berkata, 12 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Maran bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 2.37 petang.
Beliau berkata, anggota bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian jam 2.45 petang sebelum berjaya mengawal kebakaran kira-kira 50 minit kemudian.
“Usaha mengeluarkan mangsa agak rumit kerana kereta yang terperosok di bawah lori terbabit terpaksa ditarik keluar sebelum usaha mengeluarkan mayat mangsa dilakukan.
“Pasukan penyelamat mengambil masa lebih lima jam mengeluarkan semua mangsa. Setakat ini, kita hanya kenal pasti dua orang, manakala yang lain masih disiasat,” katanya.