Karangan BODO !

Standard

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk
sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air
kolah jadi air batu dan air paip tidak
mahu keluar sebab beku di dalam batang
paip.
Pagi itu saya bersarapan dengan
keluarga di dalam unggun api kerana
tidak tahan sejuk. Selepas itu emak
saya mengajak saya menemaninya ke pasar.
Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak
menikam perut saya berkali-kali dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk
mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120
kilometer kerana pasar itu letaknya 128
kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer
nak sampai pasar saya ternampak sebuah
lori kontena meluru dengan laju dari
arah belakang. Dia melanggar emak saya.
Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia
menjerit ”Adoi!”. Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori tersebut.

Saya pun turut berlari di belakang emak
saya kerana takut emak saya melanggar
lori itu pula. Pemandu lori itu nampak
kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih
laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.
Kami pula terpaksa mengejar dengan
lebih laju iaitu sama dengan dua kali
ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi
jalan lalu bertembung dengan sebuah
feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang
feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah.

Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan
memfire pemandu lori. Pemandu lori
menekan butang khas di dalam lori
dia..lori itu bertukar menjadi robot
Transformer. Mereka bergaduh di udara.
Emak saya tidak puas hati. Dia pun
terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat
kemalangan. Dia melanggar pemandu feri
yang telah bertukar menjadi Ultraman
itu. Pemandu feri itu terkejut dan
terus bertukar menjadi pemandu feri semula
lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu
feri itu pecah. Pemandu lori sangat
takut melihat kejadian itu. Dia meminta
maaf dari emak saya. Dia menghulurkan
tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya
masih marah.

Dia menyendengkan
helikopternya dan mengerat tangan
pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu menjerit
”Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say
menghantar helikopter itu ke Genting
Highlands. Bila dia balik ke tempat
kejadian, dia terus memukul pemandu
lori itu dengan beg tangannya sambil
memarahi
pemandu lori itu di dalam bahasa
Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat
menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.
Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya
tentang kemalangan ngeri itu. Semua
anggota polis di pejabat polis itu
terperanjat lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana
ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang
ramai lalu dia menjerit menggunakan
pembesar suara. Orang ramai terperanjat
dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran
yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati.

One thought on “Karangan BODO !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.