Nokia N900 – Saya Kena Racun

Standard

Minggu lepas .. saya telah diracuni oleh seorang rakan sekerja saya sewaktu saya di pejabat melayani coding CakePHP yang rumit .

Sudah sedia maklum , dia sangat bencikan orang yang menggunakan barangan Apple . Bukannya dia bencikan Apple tapi dia BENCIKAN kepada orang yang POYO GILER NAK MAMPOS pakai barang Apple dan bajet mereka SANGAT COOL .

Dan dia juga sedia maklum saya merupakan peminat Android . Demi ingin mencuba membuat apps menggunakan Android , saya terpaksa belajar JAVA dengan penuh minat . (Sila rujuk JavaStream Course 9 bulan lepas dan Infosys Foundation Programme ) . Demi android , saya terpaksa mengotorkan otak saya mempelajari satu lagi pengaturcaraan yang baru yang x kurang susah dan x kurang sengal dan menyusahkan ..

Di kala dia mengetahui minat saya tentang Android , tiba – tiba topik perbualan dia pasal iPhone .. dan kemudian apabila saya bercakap pasal android , dia bercakap tentang satu model phone . Nokia N900. Apa kaitannya Nokia dengan apa Android dan juga iPhone ? ?

Nokia N900 menggunakan LINUX ! 🙂 *penguin power*

Saya terus mengyoutube melihat video N900 tersebut. (Terima kasih office AIST kerana memiliki internet Streamyx selaju 4Mbps :p) . All I can say .. WOW !

Apa ? Guna Linux ? Sila fikirkan possibility ia dapat run Compiz Fusion , Game flash , Quake 3 dan juga software open source yang berada di Linux .

Dan akhirnya .. saya masih angaukan handphone tersebut ..

Sehinggakan saya masuk ke dalam forum .. usha untuk tutorial bagaimana ingin membuat widget dan aplikasi sendiri untuk Nokia N900 .. Akhirnya .. saya telah menemui jawapan . Programmer Python dan C pasti sangat gembira jika mereka dapat mengetahui Maemo sangat2x mengalu – alukan mereka .. X lupe juga programmer yang membuat aplikasi untuk Linux menggunakan GTK+ .

Persoalannya : Adakah saya perlu belajar C semula atau terus belajar Python seperti saya gilakan Android ?

Jawapannya : Saya kurang pasti .. HTC Hero masih ada disudut hati saya ..

p/s : Anda boleh anggap post ini sangat merepek dan mempunyai unsur – unsur budak darjah 5 atau anda boleh terus minum racun yang saya ingin berikan kepada anda dengan link di bawah .

Nokia N900

Screenshot Maemo 5

8 thoughts on “Nokia N900 – Saya Kena Racun

  1. alwajdi

    compiz fusion, quake3 on linux? that’s near impossible unless RAM dia byk gila and also it would be a super waste of battery life. mobile platform development ni kene byk consider pasal battery life and the super limited resource bro. sedangkan android pon battery life agak sengal. bile la dorg nak invent mini nuclear powered battery cam pakai kat terminator dalam movie tu. haha.

  2. TheRohan

    Just came across this fantastic Java ME training course intended for experienced and intermediate developers interested in adding connectivity features to an MIDP application.

    This course includes five lectures with incentive lab exercises. The lectures cover Networking, Wireless Messaging API 2.0, Location API, Bluetooth API for Java ME, and Web Services.

    Download it here http://bit.ly/b6wgwi

    Its great guys, check it out!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.