Harini sangat penat kerana ayah mengajak saudara untuk makan – makan di rumah .. . menyambut kepulangan dua saudara yang pulang dari menunaikan haji.
Biasanya jika balik kampung di Ipoh , ayah yang selalu in charge membakar untuk membuat BBQ .. biasalah .. nama pon Abu Bakar 🙂
Tapi kali ini , aku ditugaskan untuk membuat BBQ .. SANGAT KALUT .. walaupun penat .. it’s a new experience for me yang jarang spend masa membuat kerja – kerja lelaki  .. macam tukar tayar .. tukar paip .. etc .
Seperti biasa .. setiap kali family gathering .. ibu saudara yang mengenali si dia bertanya ..
“apa jadi sekarang ni ? In a relationship ke out of relationship ?”
begitu juga dengan bapa saudara yang dahulu pernah terkantoi melihat gambar ku dengan dia dalam keadaan sangat dekat di handphone …
“apa jadi dengan girlfriend tuh dulu ? masih lagi ke ? ”
Sudah hampir 3 tahun lepas tapi mereka masih ingat yang aku pernah bercinta .. tapi .. diorang tidak tahu aku sudah lama give up dengan si dia .. dan juga status ku yang sudah lama basi ..
mungkin sebab kali terakhir mereka bertanyakan status ku adalah 3 tahun lepas .. dan mereka bertanya sekarang dengan andaian aku masih bersama dengan si dia lagi ..
aku hanya mampu berkata tidak dan senyum .. apa yang lepas biarlah lepas .. yang mendatang jangan biarkan terlepas ..
persoalan mereka menyebabkan aku mengingat kembali … tapi seperti tahun lepas semasa aku sudah recover sepenuhnya  .. langsung tak rasa apa – apa ..
Dan aku masih lagi bersyukur dan tersenyum dengan pilihan hidupku … UTeM ..
Aku hampir – hampir ke Universiti lain hanya semata – mata kerana cinta . sedangkan aku tahu aku tiada masa depan yang baik untuk kerjaya ku jika ke sana berbanding dengan pilihanku sendiri ..
Tapi .. apa pulak akan terjadi jika aku pergi mengikut dia ?
Kini .. aku masih mengejar cinta lain .. walaupun pahit .. akan ku teruskan .. selagi masih ada peluang .. dan cinta .. tapi . tak pula ku berani suarakan keadaan ku sekarang dengan ibu / bapa saudaraku .. biarlah …
p/s : si dia = ex gf ..
i feel you bro.
erk. sabar. Itu kekuatan yang kita mesti ada.
.-= abrablog´s last blog ..3 Advantages to have many Twitter followers =-.