Berakhir sudah aku menjadi pelajar tahun 2 di UTeM .. Sem ni ada 2 paper yang agak berat tapi aku tak risau sebab paper math dah diketahui keputusan tak rasmi oleh Dr. Samad . Lepas ni no more math paper in my life !! hooray !!
Walaupun sudah menjadi pelajar UTeM selama 5 tahun , banyak lagi perkara yang aku perlu belajar … masih ada lagi tempat di Melaka yang aku belum explore .. dan ada lagi kerenah UTeM yang aku tak tahu …
Aku bersyukur menjadikan UTeM sebagai tempat aku menimba ilmu (sepatutnya aku nak belajar kat MMU tapi keluarga x mampu) .. Berada di bumi Melaka membuatkan aku bersyukur kos taraf hidup berbeza dengan KL .. berjumpa dengan En Amran (yang PANJANG) pengasas forum PHP.net.my dan bekerja di AIST … praktikal di diBase di Kota Kemuning semasa diploma .. berjumpa dengan lecturer yang sangat sporting .. dan juga kawan kawan baru .. masuk pertandingan programming situ sana dan sini .. pergi ke geek event seperti Barcamp .. 5 tahun belajar disini , aku rasa sedang berada di kemuncak memandangkan aku akan menjadi pelajar tahun 3 .
Insya allah , aku akan habis belajar lagi setahun setengah ( 2 sem belajar dan satu sem praktikal ). Perkara yang aku really looking forward adalah subjek Bengkel 2 .. aku dah gather requirement dari Cik Ida dan menjadikan dia sebagai penyelia projek dan proposal sudah pon dihantar . Harap – harap kumpulan aku dapat menyiapkan sistem yang baik untuk ditunjukkan semasa pameran bengkel nanti . Wish me luck people …
p/s : sedang cuba untuk memperkenalkan version control / svn pada teammate supaya kerja dan code berada dalam keadaan yang baik .. dan akan cuba untuk test sebaik mungkin . Terima kasih kepada subjek Software Testing yang aku belajar sem lepas .. thx Miss Juliana ^_^
p/s 2 : Cik Juliana terpaksa meninggalkan UTeM .. dia akan sambung mengajar di UiTM Shah Alam .. x sempat nak curik ilmu Spring 🙁
eh cik juliana smbg course ape?
bley nak kenal dia ^_^
wahh odin ada blog baru ke? taktau pon pasal blog ni.. hehhee
sonoknyerr..
pacik..ko da kena tagged…sila kutip hutang ko