Yik ?

Standard

Hari ahad adalah hari untuk kita membalas apa yang terpendam. Akibat tidak tidur walaupun dah sampai ke rumah selepas majlis berbuka puasa semalam , boleh pulak aku layan video tutorial untuk drupal dan juga membuat blog entri yang sebelum ini.

Selepas sahur di pagi ahad .. aku masih belum tido ..pukul 10 baru rasa berdenyut – denyut kepala hotak aku jadi aku pon melelapkan mata pada tengaharinya . Bangun jerk alam keliling aku gelap gelita. Dah pukul 8 malam rupanya. Dasar burung hantu betul ! (Adik – adik , jangan ikut apa yang abang ini buat. Tidur berlebihan di waktu siang bulan ramadhan boleh makruh dan some say puasa anda batal .. i’m not sure siapa yang cakap benda nie )

Aku bergegas ke laptop dahulu (bukan nak pergi carik air untuk berbuka dulu ) .. ramai yang tegur kt YM dan tidak berbalas .. aku pun secara pantas membalas sambil mengorek hidung (kira dah bukak la kan puasa aku tuh) .. check email dan juga blog aku. Aku sungguh terkejut melihat traffic yang datang tidak semena – mena dari blog Noktah Hitam . Woot !

Selepas berbuka membaham Spagheti yang dikukus masak oleh ibu ku , aku sambung membuang masa di hadapan komputer .

Di waktu pagi – pagi buta , Cik Azhani atau lebih cun nya dikenali sebagai Aniely menegurku tentang suatu perkara. Dia berasa sangat down (sila lihat entri dia) dan sangat kosong dan tertekan akibat kerja yang harus di submit keesokan harinya. Ada ke patot dia mintak aku check kan report yang dia kena buat . Agak jenuh la membaca 17++ page sambil memberi komen yang tidak bernas. Abis la awak .. Memang silap besar la awak mintak tolong kat saya yang dapat B3 dalam matapelajaran BM masa SPM dulu .. hik hik ..

Tolong punya tolong .. perkataan “yik” sering terkeluar di skrin ym aku dan dia. Sampai aku suruh dia berhenti cakap “yik” sebab macam ayat itu boleh membuatkan aku rasa terfikir sesuatu yang gross giler ..

Akhirnya .. pada pukul 6 pagi (ketika blog ini ditulis) , dia memberitahu bahawa dia sudah pon hampir menyiapkan kerjanya.Kepada Cik aniely , semoga berjaya dan sukses dalam presentation anda nanti yer ..

Dan tinggallah aku seorang diri mengemas – ngemas untuk bertolak ke melaka lima minit lagi . Doakan aku selamat sampai . Kelas aku hari ini bermula pada pukul 9 subject Software Engineering yang di ajar oleh Pn Massila.

Kepada lelaki di luar sana .. sila jangan ganggu Cik Aniely sebab … dia gf aku

HAHA .. kena tipu .. terima kasih extremist thinker kerana method anda mengenakan pelawat blog anda sangat sempoi.

7 thoughts on “Yik ?

  1. @aniely : semua girl yg comel-comel [ tidak termasuk aisyahkama ], adalah gf kami.. gf = girl-friend = kawan perempuan.. bukan nye “girlfriend”.. itu… kami tak mampu. hahahha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.