Membakar kek menggunakan CakePHP

Standard

Akhirnya .. cuti 4 hari aku hampir habis . aku balik ke klang sejak hari khamis sampai la ahad dan aku dah bosan buat – buat bodoh jadi aku decide untuk menambah sedikit ilmu pengetahuan PHP aku dengan mencuba PHP framework yang baru.

Aku pernah cakap di entry yang sebelumnya yang aku tidak suka akan CakePHP sebab documentation nya … well .. aku masih admit documentation x seperfect CodeIgniter tapi feature nya off course lah lagi banyak dari CodeIgniter ..

Perumpaan yang aku boleh buat . CakePHP dan CodeIgniter macam Kereta dan motorsikal.

Dua – dua adalah sejenis kenderaan (PHP framework) untuk kita gunakan supaya sampai ke satu tempat (fast development , DRY – dont repeat yourself , KISS – keep it simple stupid ).

CodeIgniter – Motorsikal , CakePHP – Kereta

Lagi senang nak belajar naik motor dari belajar naik kereta (bagi aku la) .. tapi kereta lagi banyak feature macam wiper , abs (auto-magic , bake )

Walaubagaimanapun dua – dua masih mempunyai ciri – ciri yang sama dari segi purpose .. Dua – dua ada tayar kan ? (route , helper , validation, MVC pattern)

aku masih belajar .. huhu ..

p/s: thanks to En SMD kerana solve kan aku masalah mod rewrite .. aku terlupe nak enable .. lol ..

Nak jadi seorang blogger ?

Standard

Blogger penipu ? Blogging digunakan utk politik ? 

Yeap .. aktiviti “blogging: nampaknya sudah mendapat tempat di malaysia .. 

Entri ini sebenarnya di ilhamkan dari entri cik chokilala tentang masalah yang di hadapinya dahulu .

(ini hanya pendapat saya yang sudah terlibat dengan blogging sejak tahun 2003)

Sebelum menjadi seorang blogger a.k.a blogger wannabes .. sila consider beberapa perkara .. 

Sila kenal dunia komputer dan internet

Nak jadi blogger sekurang – kurangnya kena ada basic penggunaan komputer. Macam mana nak guna internet dan sebagainya. Selain itu dunia internet adalah dunia tanpa sempadan dan SEMUA benda ada . Dari laman web yang menceritakan benda yang baik sehinggalah benda yang tidak elok . Takkan lah kita terpaksa BAN internet hanya disebabkan ada nya laman web “hate site” dan porno ? Jika anda kata ya , sila tutup semua library .. x semua buku adalah berilmiah .. Jadi , anda tentukan apa yang anda mahu dari dunia internet.

Hormat diri anda dan hormat orang lain

Jika anda blog sesuatu , fikirkan orang yang akan baca entri anda. Fikirkan perasaan mereka. Sila beri komen dengan bahasa yang baik dan elok. Jika anda pertama kali melawat sesuatu blog , x salahkan bagi salam dulu ker atau say hi kepada tuan empunya blog dengan memberi salam kanak – kanak riang di ruang chatbox mereka. Tuan blog pasti berasa gembira mendapat visitor yang baru.

Ada orang lain cabul anda ? Apa kata slow talk .. guna bahasa lemah lembut . x elok kan main tuduh sesuka hati.

Tidak semua percuma

Penggunaan internet  percuma. ( tapi anda masih perlu membayar bil streamyx anda .. hehe .. )

Firefox percuma.Tetapi hasil kerja orang lain seperti banner , graphic , quote atau apa sahaja yang dihasilkan oleh seseorang blogger mungkin tidak percuma untuk anda mengambil sesuka hati.

Jika anda suka sesuatu .. cube la mintak .. Kalo tuan empunya bagi .. amek jerk la .. biasanya kita akan membalas mereka dengan link kembali sumber dari mana kita dapat. Agak ramai yang tidak faham bahasa walaupun mereka sudah membaca perkataan “copyright” , “all rights reserved” dan any license macam “creative common license”. Sila tanya pakcik google tentang perkara itu.

jadi , jangan ambil sesuka hati …

Kebebasan bersuara

anda layak untuk suarakan pendapat anda .. tapi i prefer talking it at the right place with manners.

Anda tidak suka XXX ? nak complain pasal XXX ? kan bagus cakap jer kat XXX … 

(XXX mungkin manusia atau produk atau servis or anything )

ini termasuk kepada blogger yang sentiasa bersikap negatif terhadap sesuatu atau pelawat yang memberi komen yang sungguh sarcastic dan menggunakan bahasa kesat yang tidak basah .. 

Jika anda sudah kenal dunia komputer dan internet , hormat pada diri anda dan orang lain , tahu bahawa semua di internet bukan percuma dan tahu hak kebebasan bersuara , tahniah .. anda boleh menjadi seorang blogger yang berhemah tinggi dan menjadikan dunia internet tempat yang sgt COOL !

sila beli web hosting dan install wordpress sekarang juga atau mulakan blogging di beberapa tempat blogging yang percuma .

Sekian .. terima kasih ..   

Masalah dalam mengejar cita cita

Standard

Dear whoever you are ..

Saya mempunyai masalah .. 

Seperti yang diketahui saya ingin menjadi seorang programmer yang berjaya di Malaysia .. saya tidak ada masalah dalam membuat perancangan .. BUT

i do have some problems on executing them .. 

such as ..

my new blog design 

Since I have problem with the color .. yeah .. saye agak buta design dan buta warna .. so masih on hold project itu

tidak reti mengejar sesuatu 

Saya kejar banyak benda .. sepatutnya focus on one thing . jangan jadi seperti kata pujangga “Yang dikejar tidak dapat .. Yang dikendong berciciran” ..

Saya ada taskfreak dan Remember the milk untuk uruskan my GTD (getting things done) list and yet aku x reti nak laksanakan ape yang aku dah rancang ..

Therefore

I need some coffee .. dan sedikit sumber inspirasi

p/s: post ini ditulis setelah melihat cerita gossip girl dan gagal untuk mengembalikan mood utk produce something good and energy .. therefore .. i stick to coffee ..

Hassan Bakar dot com

Standard

Dengan keadaan yang tergesa – gesa , aku mengumumkan bahawa aku sudah membeli domain name  + hosting dari onebytes.com.my dengan harga sebanyak Rm50 .. 

Apa saya dapat ?

Space 500Mb dan unmetered bandwidth ( which is agak kureng ). Kenapa aku beli package ini ? sebab nak free domain name dan access kepada cpanel yang mempunyai unlimited db , ftp dan subdomain. Yang lain aku x berapa nak kisah sgt.

Kenapa perlu ada hosting ini ? Apa jadi dengan blog anda di Flavert ?

Blog aku disini (iaitu odin.flavert.com) masih diteruskan sebab aku x mampu nak beli hosting sendiri di exabytes / ipserverone / serverfreak. Hosting yang flavert gunakan adalah ipserverone. Sangat laju dan terbukti semasa beberapa orang cuba mendownload sesuatu dari server flavert selepas event Barcamp.

Sebab nak ada hosting ini kerana jika ada project freelance , dan client ingin melihat hasil kerja aku , bolehlah mereka melihat di domain hassanbakar.com . Mudah bukan ? AKu juga tidak kedekut untuk memberi ftp account kepada sahabat aku.

Ada apa pada nama ?

hassanbakar.com adalah hasil dari nama aku sendiri iaitu Hassan Abu Bakar. Kenapa tidak oDiN ? odin hanyalah nickname . dan aku sudah buntu mencari nama yang sesuai seperti odinhassan.com dan sebagainya .. bagi aku biarlah aku berbangga dengan nama aku sendiri hasil pemberian orang tua aku . Kata orang , nama ayah kita akan sentiasa di bawa ke mana-mana.

Akhir kata

Sila bookmark hassanbakar.com sekarang juga !

🙂

Java Stream Course

Standard

Thanks to En Sanusi .. I might join the Java Stream Course .. oh ya . saya sgt excited bangat !

Since 3P tidak lagi offer scjp untuk UTeM akibat candidate yang sebelum ini hanya dua org jerk yang lepas .. aku sudah agak give up dengan JAVA .. tapi disebabkan ada course ini .. minat aku pada JAVA dan Android tidak akan mati begitu sahaja ..

Course ini akan diadakan betul – betul selepas habis final exam .. which mean aku balik bercuti .. dan selama dua bulan aku akan berhempas pulas datang ke special course ini ..

Kepada abang – abang senior .. sila beri tunjuk ajar .. aku seorang yang NOOB dan masih seorang pelajar diploma .. since aku sorang jerk pelajar diploma yang attend course ini ..

Kepada ex-senior aku Sapri .. dia la one of the student yang dpt scjp dan sekarang walaupon dier course BITC , dier masih meneruskan kerjayanya dengan mobile programming j2Me .. so aku harap aku bleyh dpt tunjuk ajar dari dia via YM .

jadi .. sama – samalah doakan aku berjaya lulus dengan cemerlang .. nafsu serakah aku terhadap android akan diteruskan ..

p/s: masih menanti HTC Dream yang dijangka keluar next month .. iphone boleh pergi mati .. 😛