Pertandingan Pengaturcaraan Komputer Terbuka
Baru selesai balik dari UKM untuk acara pertandingan programming ATURComp 2009.
Mendapat tempat 12 dari 32 kumpulan dan berjaya menjawab 3 soalan dari 10 soalan ..
Dan seperti biasa team noobies adalah terdiri dari saya dan juga Nik Muhd Rizwan.
4 jam yang pertama sangat lah dull .. langsung x bersemangat .. walaupun dah berjaya menulis coding untuk 3 soalan tapi asyik di reject oleh sistem .. masih tidak diketahui punca mengapa jawapan kami salah .. setelah bersabar dengan kerenah + maki hamun x tentu pasal .. akhirnya selepas beberapa fix , akhirnya satu demi satu soalan kami diterima oleh sistem ..
PENGAJARAN dari pertandingan ini .
- Jangan rely dengan 1 language .. oleh disebabkan kelemahan saya dalam JAVA (sebab dah lama x stadi input output dan string manipulation) .. kami berhempas pulas juga untuk menggunakan C++ dan akhirnya banyak masa terbuang.
- Berjaya menjawab soalan pertama adalah kunci semangat. Jika soalan pertama berjaya dijawab dengan kurang dari 1 jam yang pertama .. soalan seterusnya pasti berjaya dijawab dengan lebih pantas dan lebih lagi test case akan diuji supaya memenuhi kehendak soalan.
- BAWAK 2 buku tebal bagi semua language yang boleh digunakan . Disebabkan tidak membawa buku JAVA .. akhirnya buang masa untuk sort kan string dalam ArrayList / Vector .. kalau tidak sudah berjaya menjawab soalan ke 4.
Terima kasih En Sanusi kerana mengiringi saya ..
Terima kasih UKM kerana pertandingan ini ..
Terima kasih kepada rakan seperjuangan Nik..
Terima kasih FTMK ..
Terima kasih sifu – sifu programming saya .. Mr Wai Hing .. En Amran .
Terima kasih lecturer programming saya .. Pn Mashanum .. Cik Ida .. Pn Zahriah .. En Sanusi .. Mr Spuuh !!! ^_^
Terima kasih semua !
La la la la …
p/s : pertama kali guna JAVA untuk pertandingan programming .. sebelum ini hanya rely on C++. T_T