Kehidupan Selepas Berkahwin

Standard

Dah lebih sebulan dari tarikh aku berkahwin dan apa yang aku boleh cakap so far so good 😛

Aku masih lagi bekerja di Melaka dan masih lagi membawa motor LC ulang alik melaka – klang setiap minggu cuma bezanya selepas kahwin aku akan mengambil isteri ku dan duduk di rumah parents kami secara bergilir – gilir . Jadi lokasi aku di hujung minggu sama ada di klang atau di serendah.

 

 

First week lepas kahwin merupakan perubahan yang mendadak .. bilik aku yang selama ni tak terurus .. baju berselerak .. dah ada orang tolong kemaskan .. Aku ada jugak dapat hadiah kahwin dari ofis iaitu sebuah vacuum cleaner dan aku gunakan waktu tu jugak untuk bersihkan bilik aku 😀

 

Lagi satu perubahan yang aku nampak .. aku bawak motor setiap minggu dah makin slow .. biasa bawak motor 130 – 140 KM/J dan tak sampai 2 jam dari melaka dah sampai ke klang tapi sekarang bawak maintain 100 KM/J so mengambil masa 2 jam setengah .. jadi bila terfikir nak bawak laju tu terpaksa la fikir dah ada isteri .. huhu

 

Kad untuk majlis di klang baru sahaja siap dan di design oleh WeddingKami . Just email kan nama dan alamat rumah anda supaya saya boleh pos kan kad atau refer sahaja website http://hassan-safinah.weddingkami.com/

 

Cinta itu buta ?

Standard

Harini sangat penat kerana ayah mengajak saudara untuk makan – makan di rumah .. . menyambut kepulangan dua saudara yang pulang dari menunaikan haji.

Biasanya jika balik kampung di Ipoh , ayah yang selalu in charge membakar untuk membuat BBQ .. biasalah .. nama pon Abu Bakar 🙂

Tapi kali ini , aku ditugaskan untuk membuat BBQ .. SANGAT KALUT .. walaupun penat .. it’s a new experience for me yang jarang spend masa membuat kerja – kerja lelaki  .. macam tukar tayar .. tukar paip .. etc .

Seperti biasa .. setiap kali family gathering .. ibu saudara yang mengenali si dia bertanya ..

“apa jadi sekarang ni ? In a relationship ke out of relationship ?”

begitu juga dengan bapa saudara yang dahulu pernah terkantoi melihat gambar ku dengan dia dalam keadaan sangat dekat di handphone …

“apa jadi dengan girlfriend tuh dulu ? masih lagi ke ? ”

Sudah hampir 3 tahun lepas tapi mereka masih ingat yang aku pernah bercinta .. tapi .. diorang tidak tahu aku sudah lama give up dengan si dia .. dan juga status ku yang sudah lama basi ..

mungkin sebab kali terakhir mereka bertanyakan status ku adalah 3 tahun lepas .. dan mereka bertanya sekarang dengan andaian aku masih bersama dengan si dia lagi ..

aku hanya mampu berkata tidak dan senyum .. apa yang lepas biarlah lepas .. yang mendatang jangan biarkan terlepas ..

persoalan mereka menyebabkan aku mengingat kembali … tapi seperti tahun lepas semasa aku sudah recover sepenuhnya  .. langsung tak rasa apa – apa ..

Dan aku masih lagi bersyukur dan tersenyum dengan pilihan hidupku … UTeM ..

Aku hampir – hampir ke Universiti lain hanya semata – mata kerana cinta . sedangkan aku tahu aku tiada masa depan yang baik untuk kerjaya ku jika ke sana berbanding dengan pilihanku sendiri ..

Tapi .. apa pulak akan terjadi jika aku pergi mengikut dia ?

Kini .. aku masih mengejar cinta lain .. walaupun pahit .. akan ku teruskan .. selagi masih ada peluang .. dan cinta .. tapi . tak pula ku berani suarakan keadaan ku sekarang dengan ibu / bapa saudaraku .. biarlah …

p/s : si dia = ex gf ..

New chapter of my love life

Standard

Basically me and Ecah did something crazy 2 days ago. And I did something when took her for a ride .. went to Uptown Shah Alam , stalk someone’s house and eat nan cheese at Hakim Seksyen 7. 

One of the activities did changed something in my future life. I saw EX .. with a man .. I think it was her bro ..  outside her house. SMS her .. (well .. i asked Ecah to write something .. ) and I didn’t get any answers. After arrive at home (2 hours I think after I sms’ed her) I did miss-called her cell just to make sure her no is still available. And i get a reply (finally) after that.

and I reply her back with “oh.ok.nyte.salam.”

It’s time for my new love chapter. Seriously .. this should be the last time I mention about her in my blog .. Since I so frickin loved her when us having a sweet time .. this is my final tribute ..

Thanks Haizum for the good memories. It’s time for me to release myself from thinking about you .. and move on.You did quite early .. and u should have my respect. Thanks ..

Now .. the last part .. thanks to The Mentalist episode 4 .. 

Farewell and adieu to you, my ex,
Farewell and adieu to you, my heart;
For i’ve received orders for to codes with all my heart,
But i hope in a long time to see you again.
I will rant and i’ll roar like a true computer programmers,
i willl rant and i’ll roar all over the internet.
Until i become a leet programmer in Malaysia;
From Klang to Melaka in 5 years.

original song : Farewell and Adieu : Lyrics , Youtube.

3 Minggu Terakhir Sebelum Sem 5

Standard

Penyelia LI aku dh jumpe .. next thing to do is buat final report dan ken submit next week . I guess aku akan balik Melaka ahad since aku x siap lagi buat . Rangka dah ada cuma aku xder masa nak buat akibat kerja yang berlambak dan banyak bertangguh .. Sudah pasti bos aku berasa tension dgn aku .. Huhu ..

Rezeki plak .. jodoh tuh masih x ada lagi .. but aku ada ramai kawan .. so I don’t mind being single for time being . kerja membuatkan aku leka .. Cek untuk elaun bulan lepas dah dapat .. Woot .. Banyak seyh .. Setelah tolak segala hutang dan beban dan duit untuk survive lagi 2 minggu .. x smpai RM50 rasanya aku dapat spend untuk enjoy akibat membayar hutang seseorang dan juga membayar ganti rugi motor lama aku yang hilang dijumpai kembali .

Kesihatan ? Disebabkan asyik kerja . dan panas giler nak mati .. aku selalu rasa pening kepala .. hilang selera makan .. muke selalu EMO dan moody .. aku rasa family aku notice aku dah jadi lain sejak kebelakangan ini . Diorang tahu kalo aku jadi pendiam tiba – tiba .. maknanya ada masalah dalaman la tuh .. Dun wry mom n dad .. i’m doing my best in my life .

Programming related ? I’ve been given a task to do a layout . It takes me a while to do it since the layout is so complicated dan banyak kerenah . Align itu ini . Padding dan margin berterabur .. aku dah makin blur .. anyway dapat jugak disetelkan .. akibatnya .. kul 10:30 malam baru balik .. aku rindukan Abdus Salam .. hoho .. aku hanya mampu mencarut kepada IE6 sorang2x .. kalo x Salam mesti join skali ..

Few ie6 hacks ..

  1. If you have 2 div’s .. (atas ada image dan bawah ada image atau content lain ) dan walaupun dah set the height and the image border , vspace kepada 0 dan masih lagi ada gap .. cara senang dengan setkan image tersebut display as block.
  2. Jika anda menggunakan absolute positioning dan ingin menggunakan percent .. ie6 x paham margin-left dan padding left .. hanya memadai gunakan left:value%
  3. Akhir sekali .. jika anda mempunyai div container yang didalamnya mempunyai div float .. pastikan di dalamnya buat satu extra div kosong dan setkan style clear:both . Firefox akan ada masalah jika height tidak disetkan pada specific value .

Aku perlukan masa untuk berehat dan enjoy .. Sabtu ini Adam balik dari France .. x sabar nak jumpe kengkawan skola dulu ..

Wish me all the best untuk hari – hari yang seterusnya ..

Rancangan Masa Hadapan : UTeM or UITM ?

Standard

Suppose aku stadi maths but i need a break . Mase pergi Infasha Maju menikmati Maggi Goreng dan juga teh ais pada pukul 2 pagi , aku berbincang tentang planning untuk masa depan selepas diploma . Aku suke planning 2x nie .. At least aku dh ada hala tuju (Final exam sem 4 pon x lepas leyh pikir sambung degree kt mane .. Agak2x sape yang couple dgn aku .. aku dh citer psl kahwin anak nak berapa .. hee hee )

si Dia iaitu sahabat aku dan juga aku cube membincangkan hal yang berbangkit . Since awek dier agak kurang bab teknikal , dan dia yang ingin bersama dengan awek nya dan memastikan dier mendapat dua – dua (malah tiga – tiga ) benda yang ingin dicapai which relationship mereka berdua , kerjaya dia dan juga kerjaya aweknya yang comel itu .. terpaksa la aku bagi pandangan dan cadangan .

Aku cakap la .. kalo aku .. aku nak apply UITM (Shah Alam la .. sebab degree program for comp science kt situ ) selain stay kt UTeM . If aku nak berubah angin la .Reason ? Awek ramai siot .. haha .. xder la .. bakal awek aku maybe kt situ so why not berpindah ? (again .. kalau la dh ada calon yang sudi nk kt aku yang sengal ini .. ) . Sekurang – kurangnya aku dah save budget ibubapa ku dengan duduk je kt rumah di Klang xpon duduk di dalam kampus selama dua sem . Dan aku akan berulang – alik either tiap – tiap hari atau 3 hari sekali paling koman . Melainkan ada benda lain yang menghalang aku dari balik ke rumah selalu dan menikmati perkhidmatan jalur lebar TMNet Screamyx ..

Knowledge and pointer wise ? Sangat Terok ! Aku x biasa dengan culture / hidup bersama buku . Final 60 % yang contribute pada markah subjek sangat – sangat tidak membantu ku apatah lagi perangai ku yang senantiasa menghantuk kepala ke dinding dan mengakibatkan segala apa yang aku hafal senang hilang dan terbang di awang – awangan .

Career Wise ? disebabkan aku duduk dekat ngan rumah .. Aku boleyh mencari kerja part time menjadi programmer atau apa – apa sahaja (must IT related ) . Asalkan dengan cara yang halal . Aku juga boleyh berjumpa dengan sifu – sifu komputer di Malaysia .. sebab most of malaysian IT forum gathering selalu buat kt dewan FTMSK UITM Shah alam . Aku leyh berjumpa dengan bro Trunasuci , atau berjumpa dengan sahabat – sahabat yang aku kenal melalui friendster dan juga yang sempat aku berjumpa yg amik Diploma Sains Komputer di UITM Dungun . ramai tuh .. mostly budak laki yang masuk I-Hack menang top 3 . Bertambah ramai kawan – kawan yang kaya dengan ilmu .. Kat UTeM aku agak kurang berjumpa dengan orang yang sekepala dengan aku ..

Relationship wise ? hey .. ini UITM Shah Alam la .. pandang sana ada awek .. pandang situ ada awek . Smpai x dapat membezakan student atau staff .. haha .. (pengalaman di bawa masuk ke dalam UITM Shah Alam secara seludup minggu lepas ) . Aku mungkin akan menamatkan zaman duda anak dua ku secepat mungkin jika aku pilih jalan ini .

Maaf .. aku dah melalut . aku sebenarnya nak bercerita tentang kawan aku tadi . Since aweknya boleyh bawak la kalo bab – bab teori , aku cadangkan agar jadi tenaga pengajar Akademi Fantasia .. x kesa la lecturer ke .. Cikgu sekolah ke .. tempat yang sesuai .. UUM atau UPSI .. tempat lain aku kurang pasti ? kat mana tempat leh membuatkan career menjadi guru IT ? sila bagi komen ye ..

Dia xder masalah bab teori atau teknikal .. maklumlah .. otaknya lebih pantas dari ku … cuma di pulak x suka mengajar .. dia lebih suka menjadi perokok tegar dan pekerja di bahagian teknikal yang tegar ..

Therefore .. dia dan aweknya mungkin akan ke UITM , UPSI atau UUM .. ini hanya rancangan awal . Kita hanya mampu merancang . Tuhan yang tentukan . Again .. x salah kan kita merancang ?

Aku ? aku masih blur .. UTeM ? .. UITM ? .. UTM ?
terus terang aku nak masuk UITM .. tapi aku sedar kemampuan dan cara aku berfikir .. yang aku x kn survive lama kalau masuk UITM .. UTeM je la tempat yang betul – betul faham keadaan aku dan boleyh terima aku . Even perkhidmatan bas yang agak sucks .. Kemudahan x banyak macam Universiti yang dh lame establish . Bilangan Awek yang sedikit (pemangkin tuh … ) TAPI .. final contribute hanya 30 % , kawan – kawan yang besh , lecturer yang sempoi , bilik kuliah yang kecik yang paling besar pon 60 orang leyh sumbat .. so xder masalah kalau nk rapat dengan lecturer dan meminta soalan final .. hihi .. aku masih ada lagi setahun untuk berfikir kemana arah tuju aku ..

Bila bercakap pasal masa hadapan .. kawan perempuan ramai nak kahwin pas dpt diploma .. x ramai nk sambung course nie .. kawan laki plak ada yang nak keje dulu jaga family , byr PTPTN dan carik pengalaman .. kalau aku sambung .. senyuman mereka yang membuat aku ceria dh xde .. sedey siot ..

“Hacan . sedar sikit .. ko nak exam .. baik ko abiskan stadi dari meNYENGALkan diri ko ( minda )

“baek … stadi dulu .. angan – angan aku akan disambung kemudian .. ”
( hati )

//cara penulisan dah berubah .. kalo traffic kurang jugak yang melawat blog ni .. xtau la aku nak buat apa lagi .. aku rasa trick terakhir aku adalah dengan meletakkan gambar awek cun di blog untuk meningkatkan traffic .. huhu

//ditulis pukul 4 pagi tetapi dapat dipost selepas exam maths abis ..