Tape Hassan Bakar

Standard

After reading this entry by Noktah Hitam , I noticed  he has a subdomain which he called it tape. So I decided to try Opentape and uploading some songs.

All the songs that I uploaded is the song that I currently really addicted to ..  and I recommend you guys to listen Hujan – Dugaan Nya , Boneca – Cela , Laila’s Lounge – Mawar Khayalan and lastly Phlowtron – Oh Cinta.

Enjoy ..

http://tape.hassanbakar.com/

I’m waiting ..

Standard

Aku masih menunggu ..

  • duit elaun dan duit pendaftaran semasa Th3 C0d3 dari UTeM ..
  • semua project dan assignment habis dan selesai ..
  • hari raya yang akan tiba .. x sabar nak berjumpa dengan saudara – saudaraku di muar dan ipoh.
  • hari habisnya semua peperiksaan semester ini
  • Java Course semasa cuti sem .. dah x sabar nak belajar JAVA ..
  • Menyiapkan mobile application untuk pertandingan akan datang .. still figuring out the best solution regarding XML 
  • menunggu aku habis diploma dan sambung amek ijazah di UTeM 
  • masuk ke alam pekerjaan .. either join Flavert atau kembali ke diBase atau bekerja menjadi freelancer .
  • perempuan yang sudi menerima ku dan menjadi teman istimewa ku
  • Kahwin .. kerja .. buat anak .. kerja .. buat anak .. jadi bapak .. dan akhirnya berkahwin lagi (jika perlu)
List yang terakhir menunjukkan bahawa aku menulis entri ini dalam keadaan yang lapar .. dan tidak mampu berfikir dengan waras .. oleh itu sila abaikan .. 
>> dir brain:
study
tido
cuci mata melihat profile xxxxxxx
programming
>> exit

Yik ?

Standard

Hari ahad adalah hari untuk kita membalas apa yang terpendam. Akibat tidak tidur walaupun dah sampai ke rumah selepas majlis berbuka puasa semalam , boleh pulak aku layan video tutorial untuk drupal dan juga membuat blog entri yang sebelum ini.

Selepas sahur di pagi ahad .. aku masih belum tido ..pukul 10 baru rasa berdenyut – denyut kepala hotak aku jadi aku pon melelapkan mata pada tengaharinya . Bangun jerk alam keliling aku gelap gelita. Dah pukul 8 malam rupanya. Dasar burung hantu betul ! (Adik – adik , jangan ikut apa yang abang ini buat. Tidur berlebihan di waktu siang bulan ramadhan boleh makruh dan some say puasa anda batal .. i’m not sure siapa yang cakap benda nie )

Aku bergegas ke laptop dahulu (bukan nak pergi carik air untuk berbuka dulu ) .. ramai yang tegur kt YM dan tidak berbalas .. aku pun secara pantas membalas sambil mengorek hidung (kira dah bukak la kan puasa aku tuh) .. check email dan juga blog aku. Aku sungguh terkejut melihat traffic yang datang tidak semena – mena dari blog Noktah Hitam . Woot !

Selepas berbuka membaham Spagheti yang dikukus masak oleh ibu ku , aku sambung membuang masa di hadapan komputer .

Di waktu pagi – pagi buta , Cik Azhani atau lebih cun nya dikenali sebagai Aniely menegurku tentang suatu perkara. Dia berasa sangat down (sila lihat entri dia) dan sangat kosong dan tertekan akibat kerja yang harus di submit keesokan harinya. Ada ke patot dia mintak aku check kan report yang dia kena buat . Agak jenuh la membaca 17++ page sambil memberi komen yang tidak bernas. Abis la awak .. Memang silap besar la awak mintak tolong kat saya yang dapat B3 dalam matapelajaran BM masa SPM dulu .. hik hik ..

Tolong punya tolong .. perkataan “yik” sering terkeluar di skrin ym aku dan dia. Sampai aku suruh dia berhenti cakap “yik” sebab macam ayat itu boleh membuatkan aku rasa terfikir sesuatu yang gross giler ..

Akhirnya .. pada pukul 6 pagi (ketika blog ini ditulis) , dia memberitahu bahawa dia sudah pon hampir menyiapkan kerjanya.Kepada Cik aniely , semoga berjaya dan sukses dalam presentation anda nanti yer ..

Dan tinggallah aku seorang diri mengemas – ngemas untuk bertolak ke melaka lima minit lagi . Doakan aku selamat sampai . Kelas aku hari ini bermula pada pukul 9 subject Software Engineering yang di ajar oleh Pn Massila.

Kepada lelaki di luar sana .. sila jangan ganggu Cik Aniely sebab … dia gf aku

HAHA .. kena tipu .. terima kasih extremist thinker kerana method anda mengenakan pelawat blog anda sangat sempoi.

Berbuka puasa dengan Negaraku.net

Standard

Negaraku.net merupakan malaysian social bookmarking site ala – ala Digg . Dan semalam merupakan hari aku bertemu dengan ahli – ahli mereka yang merupakan para blogger yang tegar .

Exam pagi itu merupakan paper FST – Falsafah Sains Teknologi .. ye .. aku goreng habis – habisan .. paper macam sejarah jerk kot . Pukul 12 lebih aku bertolak dari Melaka untuk balik ke Klang seperti biasa yang aku lakukan every week.

Biler dah sampai rumah aku sangat flat . Maklumlah .. stadi last minute dan tidak tidur dicampur dengan skill rempit aku .. aku PENAT !

Dalam petang sikit pukul 3 lebih Ecah menemani aku di Yahoo Messenger. Tetibe jerk dia bagi url pasal majlis berbuka puasa. Frankly speaking aku agak jarang masuk Negaraku.net . Mane tau penglibatan aku dalam majlis tersebut akan membuka minda aku sebesar – besarnya.

Dengan berbekalkan google map yang diprovidekan di blog Noktah Hitam dan hasil temubual dgn bapak aku .. kul 6 aku bertolak setelah mendapat cnfirmation dari Life4hire .. Terima kasih kepada Google map dan Wikimapia .. aku sesat . LOL .. aku x jumpe cara nak pergi ke Restoran Nara . dah la tetibe sial plak melanda aku masuk highway Penchala Link .. sengal itik btol .. Sampai ke NILAM aku patah balik dan berjumpa semula federal highway .. heh ..

Apa pon terima kasih kepada seorang budak yang x puasa tgh minum air tepi jalan memberi direction .. lepas tuh Life4hire amek aku .. padahal tmpt aku sesat ngan kedai tuh x smpai 100 meter . LOL

Apa – apa pon .. makanan di sana sgt seronok .. AYAM golek2x . bercampur dengan topik – topik hangat dan ada unsur – unsur lucah .. haha .. X nyesal woo dtg dari jauh semata – mata nk berjumpa diorang ni suma .

Kepada yang tidak dapat datang .. jangan jeles .. kepada ecah .. thanks sbb bagitau aku pasal hal nie last minute .. chet ..

Pengajaran : Akibat seseorang itu meninggalkan no telefon di facebook beliau , baru aku mampu datang ke event nie . Jadi , sila jangan isi no telefon di facebook jika anda tidak suka distalker oleh ecah . ahahaha ..

Senarai Manusia yang hadir

Noktah Hitam

Life4hire

Ringgit Tune

Sembang Komputer

Callister

Aeropama

Tidak lupe juga tuan empunya blog ini oDiN