Saya pernah ada hosting di hassanbakar.com tapi malangnya akaun telah expired . Sebab untuk tidak renew ?
Saya tidak rasa OneBytes sangat stabil . Agak kerap down ketika saya memerlukan perkhidmatan mereka . Untuk membalas dendam , saya menginstall OpenTape supaya kamu yang sukakan muzik akan boleh stream dengan sesuka hati . Tak perlu risau tentang bandwidth kerana pakej yang saya ambil merupakan unlimited bandwidth . Siapa kata unlimited bandwidth itu bagus ?
Apa – apa pon .. akibat hosting telah tiada (selain hosting di flavert.com ini) , saya telah kehilangan tempat untuk menyimpan fail . Semasa ada hosting di hassanbakar.com , saya telah buat satu subdomain dan mengupload beberapa installer supaya saya mudah mencapainya di mana – mana . Sebagai contoh , chrome , firefox , flash player dan adobe reader .
Disebabkan atas faktor internet yang sangat perlahan di kebanyakan tempat aku pergi , saya rela meletakkan file di hosting sendiri . latency yang sangat memuaskan apabila berada di server Malaysia .
Kini , saya perlukan satu servis dimana saya boleh mencapai fail – fail di cloud / internet / whatever you want to call it .
Perkenalkan servis yang bernama dropbox ! Ia merupakan satu servis dimana anda dapat synchronise / keselarian fail di pc anda dengan fail di internet . Jadi dokumen anda mudah dicapai dimana – mana .
Cara untuk mendapat dropbox , pergi ke laman web ini , https://www.getdropbox.com/ dan download software tersebut . Anda akan diminta untuk register jika tiada akaun dan kemudian anda boleh letakkan dimana lokasi fail dropbox . Konfigurasi yang sedia ada adalah di My Documents atau Library -> Documents (Jika anda gunakan Windows 7).
Kemudian , hanya drag and drop fail dari lokasi lain ke dalam folder tersebut untuk synchronise .
Jika anda dari pc lain , anda perlu menggunakan laman web mereka untuk melihat fail anda . Jadi , tak perlu untuk install aplikasi tersebut .
Terdapat 3 jenis akaun . Basic 50 Percuma , Pro 50 (50 gig) dan Pro 100 (100 gig).
Kurang dari 2 minit , saya sudah ada akaun dropbox . anda pula bagaimana ? Jika berminat , sila register menggunakan referal akaun saya .. supaya saiz akaun saya bertambah 250 Mb setiap kali orang mendaftar menggunakan referral id saya (maksimum adalah 3 gig ). Terima kasih !
🙂
https://www.getdropbox.com/referrals/NTE4NDU3MDA5
p/s : artikel yang menarik mengenai data backup dan sharing
http://net.tutsplus.com/articles/general/10-data-backup-storage-and-sharing-solutions/