Tak lama lagi tamatlah sem terakhir aku . Paper terakhir aku adalah pada hari khamis – 23 April 2009 iaitu paper implementing and admin network services .. Walaubagaimanapun aku akan sentiasa sibuk dengan kerja – kerja yang menanti ku .
Laporan projek diploma untuk versi terakhir masih belum di buat . Banyak kesalahan yang aku buat semasa menghantar draft report kepada Dr Faaizah . Dan ada sedikit terkantoi sebab aku copy rujuk dari laporan Wan Fajrina .
Sistem aku walaupun dah siap tapi aku percaya masih belom production ready . Masih terdapat flaws yang bagi aku perlu diperbetulkan sebab ramai pengguna akan menggunakan sistem tersebut. Does it mean i have to maintain it for free for UTeM and provide a long time support ? I wish they will pay me .. so that I dont need to worry about my financial problem …
Saat – saat terakhir .. aku mendapat tawaran lagi membuat sistem . Sebenarnya aku nak tolak tawaran tersebut tapi x sampai hati .. Sistem apa ? Biarlah rahsia .. cuma aku perlu mengingatkan bahawa sistem tuh x macam sistem sebab bagi aku terlalu ringkas .
Minggu lepas terdapat gap 4 hari sebelum paper flash (which is yesterday) .. aku escape diriku dengan berfoya – foya ke Sunway Pyramid . Sambil tu aku berpeluang bermain Ice skating bersama dengan seseorang . Rasa sungguh hepi ketika itu .. Dah lama tak spend my quality time bersocial sebab mostly aku akan berkhayal dengan coding ku .
Aku rasa aku perlukan lagi aktiviti – aktiviti yang sebegini rupa .. To me ia masih dapat membuatkan tahap stress aku dalam keadaan terkawal .. kerana minggu sebelum – sebelum ini bagaikan neraka kerana terjebak dengan Java dan JSF .
Kepada ecah dan syam aeropama .. terima kasih kerana melayaniku dengan baik beberapa hari yang lepas …. stress aku menjadi berkurangan dengan gelak getawa dan gurau2x kasar .
Kepada si dia .. thanks sebab membuatkan saya happy … seperti dunia ini ana yang punya .
🙂
p/s : aku baru sahaja tanda tangan surat Program Foundation Infosys pada 2 May ini .. itu bermakna satu lagi neraka dunia buat ku .. tiada internet semasa waktu kelas .. dan tiada masa untuk aku bersama yang tersayang .. dan tiada masa untuk aku tidur lama2x kerana hari – hari ada exam .. 🙂