FTMK Lightning Talk 1

Standard

Akhirnya Lightning Talk berjalan agak lancar walaupun hanya beberapa orang yang muncul . Terima kasih kepada student dan juga lecturer yang sudi meluangkan masa datang untuk talk yang ringkas . 

Session pertama dari Chang Gee Guan adalah “Google , How much do you know about it ?” atau “Google , Sejauh mana anda tahu mengenainya ?”

Banyak membicarakan bagaimana untuk menggunakan google dengan lebih efisien dan menggunakan feature – feature google yang kita sangka tiada seperti calculator , penggunaan double quote (” search term” ) dan sebagainya.

Seterusnya session kedua adalah dari saya iaitu mengenai Windows 7 . Dah lama x bagi presentation dan rasa agak kaku dan terketar – ketar . Slide saya hanya 5 muka surat x termasuk muka depan . Mostly cerita tentang feature – feature baru Windows 7 , FAQ (Frequently Asked Question) / soalan lazim dan juga demo (sebab saya dah gunakan Windows 7 lebih seminggu di laptop baru saya . hehe )

Session ketiga adalah dari blogger UTeM yang sangat famous iaitu Topo / Nazrien dari topotato.com menceritakan tentang blog dan juga SEO (Search Engine Optimization) tapi malangnya kerana kesuntukan masa beliau terpaksa menghabiskan talk nya tersangat awal .

Selepas habis ketiga – ketiga session , apabila bertanya tentang feedback En Sanusi mencadangkan supaya Lightning Talk di promotekan secara meluas .

Sekarang saya berasa dalam keaadan agak konfius sama ada perlu diteruskan atau saya perlu sedar x ramai pelajar FTMK yang menyambut baik usaha saya untuk mengadakan Lightning Talk. (Sebab kalau sambut baik for sure la ramai datang kan . kan ? kan ? ) Adakah disebabkan hari tersebut tiba  – tiba banyak acara atau memang x dapat sambutan ?

Saya harap lepas ni dapat jadi pengerusi majlis sahaja instead of bagi talk every week tapi saya tahu agak mustahil sebab x ramai student yang berani bercakap di hadapan khalayak pelajar lain. Saya akui presentation skill saya sangat lemah and to me Lightning Talk is a good platform untuk student take advantage untuk perbaiki kelemahan diri . Kadang – kadang soft skills lebih penting dari CGPA yang di bangga – bangga kan sangat tuh . 

Kalau ada sesiapa yang nak share untuk Lightning Talk minggu depan (jika ada) , jangan segan silu untuk email kat saya tajuk presentation anda . 

p/s : slide harini akan diupload kemudian . 

p/s 2 : thanks sangat – sangat kepada yang bagi support yang tidak terhingga . Jasa mu di kenang .

Project Diploma – Briefing

Standard

Baru jer habis taklimat projek diploma by En Haziq dengan En Radzi . 

Suprise .. suprise .. Penyelia ku adalah En Sanusi . I thought it was a set up by him tapi bila tanya dia cakap dia tidak tahu menahu langsung . 

Well .. one thing for sure kalau dah under En Sanusi .. konfirm kena buat Java .. LOL 

Lepas habis taklimat terus jumpa dia untuk tanya pasal tajuk yang boleh direcycle . Sebab salah satu keburukan aku .. aku x pandai nak berfikir secara kreatif dan sentiasa memang jenis ikut arahan . Selepas dah berjumpa dan berbincang dengan En Sanusi .. akhirnya aku akan buat sistem menggunakan JSF (Java framework).

Wish me luck people .. 

Sekarang .. mari pecah otak untuk cari tajuk . hua hua 

(kalau ada sesapa nak bagi tajuk .. boleh jer kot ) 🙂

btw .. since this is an online application , integrate dengan javascript framework is a must (at least for me ) . modular + userability (Jquery) or eye candy (mootools) ?

FICT’s Lightning Talk 1

Standard

Finally , Lightning Talk akan dibuat pada setiap hari selasa starting 13/1/2009 .

3 Session
Abg Chang – Google: How much you know bout it
Topo – Blogging / SEO optimization
oDiN – Windows 7 

semua dijemput hadir di tingkat 4 makmal eksekutif pukul 1:30 – 2:00 .

Any question boleh jerk tanya kat sini . 
Hopefully ajak lagi ramai kawan – kawan datang sekali .

FICT’s Meetup Lightning Talks ?

Standard

Salam .

Nama saya Hassan dan sekarang masih menuntut di UTeM , pelajar tahun 3 diploma in IT (DIT).

Saya nak mintak pendapat dari pelajar FTMK sendiri tentang satu satu sesi / perjumpaan . Idea saya adalah ingin buat satu perjumpaan / meetup untuk student share among themselves. Topic mostly berkaitan dengan IT . Tujuan dia nak bagi ada culture of sharing antara student . Saya tak nak yang datang hanya geek / skema / pandai sahaja . Target meetup ini nak bagi student yang betul – betul nak belajar benda yang baru dari student lain . Mungkin ada yang dah bosan dengan cara formal belajar (which is going to lecture .. lepas tu menguap .. ) . Kan bagus kalau kita belajar sesame student . Mungkin student  yang tahu lebih pasal programming boleh share pasal programming , dan yang tahu pasal blogging atau designing pon boleh jugak share dan vice versa .

Some of the ideas ..

  • 15 minutes once in a week  (tak nak lama sebab korang pon ada keje nak buat )
  • It must be weekdays (jarang  ada student yang sanggup nak spend masa datang kt cubic on weekends especially bebudak UTeM sendiri )
  • IT related ( php , blogging , designing , flash , database , techniques , pengalaman LI , website favourite korang , joomla , ubuntu)
  • Every student boleh bagi talk
  • Cara penyampaian adalah terpulang . Nak buat slide show boleh .. nak cakap kt depan jer boleh .. atau demo sekali .. lagi bagus ..
  • Setiap meetup hopefully dapat 3 speakers so setiap meetup kita dapat 3 tajuk yang berbeza
  • Ada q/a session . kalau x faham pasal topic tu .. atau topic tu terlalu teknikal , boleh jer Tanya .
  • Participate ! Tujuan session ini tak nak ada one way communication . speaker cakap dan student dengar . it s more like two way conversation .. mase tgh present tuh .. just angkat tangan dan cakap .
  • Target group .. less than 10 people . Sebab mentaliti bebudak UTeM memang camtuh . Apa – apa event yang dibuat mesti tak dapat sambutan  .. Tapi let say you guys prove me wrong .. mane tau lebih dari 40 orang .. saya rasa FTMK x kedekut nak bagi tempat yang lagi luas . 🙂
  • err .. kalau lecturer / student master / student fakulti lain nak join pon boleh . lagi ramai lagi bagus . 
  • Lastly .. sharing is caring . 

Other links :

http://en.wikipedia.org/wiki/Lightning_Talk

http://perl.plover.com/lightning-talks.html

shoot me at this email odin88(at)gmail.com or go to my blog http://www.hassanbakar.com

Let say feedback x memberangsangkan .. idea hanya tinggal idea . dan sila tepuk tangan anda kerana berjaya membaca announcement ini sampai habis . Salam ..