FTMK UTeM pindah kampus bandar Part 1

Standard

Adakah FTMK akan pindah ke kampus bandar ? Apa jadi dengan bangunan FTMk yang dah nak dekat siap di Kampus Tetap Durian Tunggal ?

Status ketika entri ini ditulis : Kemungkinan besar akan pindah . I would say 80 % . Tapi masih belum muktamad .

Kisah student – student FTMk UTeM adalah seperti kisah ini . Kesian Ali dan keluarganya ( jika anda baca ). So i browse around and I found some info pasal status perpindahan ini . Jika anda join group UTeM di friendster , you can see so many speculation in the forum especially about our NC and Ali Rustam Ketua Menteri Melaka .

Sila rujuk laman blog mantan MPP UTeM mengenai isu ini di http://rajanorazrin.blogspot.com/2008/10/betul-ker-ftmk-pindah-city-kampus.html dan sini http://rajanorazrin.blogspot.com/2008/10/komen-dan-ulasan-terhadap-tulisan-soong.html

Secara umumnya ..

  • Kampus Induk Durian Tunggal akan menjadi “Engineering Campus”
  • Kampus bandar akan menjadi “Management & IT Campus”
  • Penempatan student FTMk di Emerald Park dan beberapa kecil bilangan student akan duduk di D’Apartment.
  • Penempatan tetap student FTMK di buat di tapak lama pasar besar melaka apartment 14 tingkat.
  • Kemungkinan IPTK akan produce 1 fakulti di kampus induk . ” Fakulti Teknologi Pengurusan ”

Aku masih ingat lagi petisyen yang aku tandatangani satu ketika dulu mengenai bantahan student FTMK untuk pindah ke kampus bandar . Well .. someone has been blamed for that . For now , Dekan FTMK Prof Shahrin meminta student tidak lagi membuat perkara sesuka hati tanpa persetujuan fakulti supaya tidak akan berlaku perkara yang lebih buruk .

This is suppose to be a compilation of what is happening about our beloved faculty so ask the one who provide these info and not me . I think FTMK student wants to know what is happening so thats why i brought this thing up in my blog .

Jujurnya , sebagai pelajar FTMK .. aku PAKSA RELA dengan perpindahan FTMk ke kampus bandar . Apa jadi dengan kehidupan kampus ? Dengan bangunan FTMk yang didesign sendiri ? Apa jadi dengan misi FTMK yang ingin menjadikan fakulti yang mempunyai peralatan dan makmal komputer yang tercanggih diseluruh IPTA di malaysia ?

Apa – apa pun .. jika dah takdir kami student FTMK terpaksa berpindah ke kampus bandar SELAMANYA .. please make sure kebajikan pelajar terjaga ( perkhidmatan bas , kelengkapan , cafe , etc ) . Jika bangunan FTMK yang dirancang untuk menjadi paling canggih di kampus durian tunggal diambil begitu sahaja , please make sure jadikan Kampus Bandar fakulti IT dan sains komputer yang terletak di tengah – tengah bandar yang terbaik di DUNIA .

Part 2 dan Part 3 akan menyusul kemudian setelah student FTMK telah disahkan pindah ke kampus bandar ( part 2 ) dan keadaan pelajar FTMK selepas beberapa bulan dipindahkan ke tempat tersebut ( part 3 ) . We can only pray for the best and wait . Let MPP and FICT represent FTMK students fight for our rights ..

Disclaimer : Saya hanya compile segala maklumat mengenai isu ini dan member sedikit komen . Sumber – sumber yang saya dapati adalah dari penulis – penulis blog dan individu yang menulisnya di blog dan forum jadi saya tidak bertanggung jawab jika maklumat yang mereka tulis adalah salah , tidak benar dan ada unsur – unsur lain . Lagipun , jika mereka sudah cukup dewasa untuk menulis di blog , mereka seharusnya bertanggungjawab terhadap apa yang mereka tulis .

p/s : Adding some disclaimer .. I do not want to get sue .. atau pun di buang dari UTeM . Sebab UTeM sahaja yang nak terima orang yang macam aku . Lagipun , aku sayang UTeM . How about you ?

p/s 2 : Pasal kebajikan pelajar tuh .. aku nak wifi access . unthrottled . Hope Jaring dapat provide broadband yang laju untuk kampus bandar . Dapat duit elaun / rebat minyak untuk student pun best jugak . 🙂