Entri ini mempunyai lebih banyak gambar dari perkataan .
Bak kata mat saleh ” a picture is worth a thousand words “.
Disebabkan aku letak 6 gambar maka entri ini mempunyai lebih 6000 perkataan .
Oh ya .. entri ini sebenarnya entri yang sudah lama tertunggak ..
Selamat Hari Raya .. !!
Ini merupakan rumah kucing yang dibina di kg aku di Muar. Rumah kecil ini juga dikongsi oleh ayam dan ini membuktikan kucing dan ayam boleh hidup harmoni walaupun di bawah satu bumbung.
Gambar kucing yang sedang tidur
Sepupu aku dan adik aku - hussein (berbaju biru ) bermain game PS2 - Puyo puyo . BTW , aku cucu sulung . hehe
Durian gergasi yang boleh dilihat di Tanjung Emas , Muar
Dekat dengan tanjung emas terdapat satu tempat dimana monyet yang suka melepak . Mereka suka membuat muka jambu sambil meminta makanan. Kat situ tidak sesuai dijadikan tempat port untuk membuat project atau membayar bil air yang sudah lama tertunggak sebab monyet tuh akan skodeng skalik .. hihi
Bersama dengan sepupu iaitu Ammar Ehsan . Masih single. Dapat offer buat twinning program kt UK dan akan buat preparation kat BMI selama setahun. Hensem kan ? Err .. tengok yang kiri tuh .. bukan yang kanan .. Yang kanan tuh budak sekolah mana entah baru nak belajar programming (Baju VIP PHP Contest ).
Sila bagi kritikan dan kutukan kat gambar – gambar yang diambil oleh fotografi yang noob menggunakan handphone Sony Ericsson K800i